Ads Space

Selepas Melihat Ini, Anda Pasti Tidak Ingin Gunakan Mesin Pengering Di Tandas Lagi!

No comments


Selepas Melihat Ini, Anda Pasti Tidak Ingin Gunakan Mesin Pengering Di Tandas Lagi!

Sedang kita membeli-belah di pusat membeli-belah, “Alamak, sakit perut!”

Maka kita ke tandas, melakukan urusan yang sepatutnya, basuh tangan, lap, dan keluar. Semua ini sangat rutin, amat jarang sekali kita memberikan sepenuh perhatian.

Pada kali ini, kami ingin menjentik satu persoalan ketika tuan puan mengelap tangan.
Soalannya, tisu atau mesin pengering?

Saksikan video di bawah.

No comments :

Post a Comment

Drama Tentang Hati Episod 13 - akhir

No comments
Drama Tentang Hati Episod 13 - akhir





JUDUL : TENTANG HATI
TARIKH : Mulai 6 Ogos 2014 (9.00 malam)
SIARAN : Setiap Rabu-Khamis di TV2
PENGARAH : Feroz Kadir 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir
SINOPSIS TENTANG HATI
  
Mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.

No comments :

Post a Comment

Masa untuk memilih wakil rakyat baharu

No comments
Masa untuk memilih wakil rakyat baharu
  • PRK Pengkalan Kubor
1 / 1
TUMPAT - Sebanyak 11 pusat mengundi bagi PRK Dun Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini. Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1). 
Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains Mara Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada PRU13 lalu.

Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK Dun Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.

Sementara itu, pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama

No comments :

Post a Comment

Pas tidak salahkan DAP, PKR

No comments
Pas tidak salahkan DAP, PKR
  • Tuan Ibrahim Tuan Man
1 / 1
TUMPAT - Pas tidak menyalahkan rakan mereka dalam PR, terutama pemimpin tertinggi PKR dan DAP yang dilihat kurang memberikan bantuan dalam kempen PRK Pengkalan Kubor.

Pengarah Induk Pas PRK Dun Pengkalan Kubor, Datuk Tuan ibrahim Tuan Man berkata, Pas memahami kesukaran yang terpaksa dialami rakan mereka itu terutama berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

"Kita tengok pada hari penamaan calon,mereka hadir dan mereka turut terlibat dalam kempen-kempen kita.

"Tetapi mereka terpaksa uruskan banyak perkara dalam masa dua hari ini terutama ketika pelantikan Menteri Besar Selangor," katanya dalam sidang media di Markas Besar Pas di sini, hari ini.

Beliau mengulas soalan media yang mempersoalkan ketiadaan kelibat pimpinan tertinggi PKR dan DAP sepanjang kempen berlangsung selain ketidakhadiran mereka dalam ceramah Perdana iaitu kempen terakhir Pas, malam semalam.

"Kita faham situasi yang berlaku kepada rakan kita dan keadaan di sini pun kita boleh kawal malah wakil PKR negeri Kelantan tetap bersama kita pada mesyuarat harian kempen. Jadi tidak timbul sebarang isu," katanya.

Jelasnya, ketiadaan jentera DAP pula sepanjang tempoh kempen disebabkan faktor peratusan pengundi Cina yang kecil di kawasan Pengkalan Kubor, namun itu tidak bermaksud DAP tidak menyokong Pas.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjangkakan peratus keluar mengundi dalam PRK Pengkalan Kubor akan menurun.

Katanya, faktor pengundian yang jatuh pada hari bekerja akan menyukarkan pengundi luar kawasan untuk pulang mengundi.

Sehubungan itu, beliau menasihati Suruhanjaya Pilihan Raya untuk lebih rasional dalam memilih hari pengundian dalam mana-mana pilihanraya akan datang.

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 13

No comments
Drama Kristal Maya Episod 13






Drama bersiri Kristal Maya akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakonya ialah Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan ramai lagi. Drama ini bersiaran mulai 12 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.





Tajuk : Kristal Maya
Tarikh : 12 Ogos 2014 (10 malam)
Siaran :  Rabu & Khamis - Slot Samarinda TV3
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
SINOPSIS DRAMA KRISTAL MAYA

Maya telah lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Oasis Berhad dan diterima bekerja sebagai penolong pegawai kreatif untuk unit rangkaian majalah paling berprestij Oasis, "POSE"

No comments :

Post a Comment

Drama Tentang Hati Episod 12

No comments
Drama Tentang Hati Episod 12







JUDUL : TENTANG HATI
TARIKH : Mulai 6 Ogos 2014 (9.00 malam)
SIARAN : Setiap Rabu-Khamis di TV2
PENGARAH : Feroz Kadir 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir
SINOPSIS TENTANG HATI
  
Mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.

No comments :

Post a Comment

Isu MB: Tak perlu tunggu muktamar habis

No comments
Isu MB: Tak perlu tunggu muktamar habis
  • Ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari
    Ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari
1 / 1
SHAH ALAM - Tidak perlu tunggu Muktamar Pas selesai untuk menentukan pelantikan Menteri Besar Selangor, demikian kata penganalisis perundangan, Dr Aziz Bari.

Ujarnya melalui Wacana Ilmiah Sinar Harian ke-31 yang bertajuk ‘Kerusi Panas MB Selangor’, isu menteri besar sepatutnya sudah lama selesai memandangkan Adun PR sebulat suara menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tak perlu tunggu muktamar habis, memang sudah sebulat suara mahu Wan Azizah (sebagai calon menteri besar baharu).

"Perlembagaan sudah jelas. Tiga atau empat bulan lalu berlaku pertukaran menteri besar di Terengganu, senang sahaja tidak ada masalah pun," katanya.

Presiden Pas sebelum ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid dan mempertikaikan kebolehan Wan Azizah sebagai calon menteri besar.

Malah medan Muktamar Tahunan Pas yang sedang berlangsung turut menzahirkan sokongan terhadap Abdul Khalid.

Sementara itu, Aziz dalam hujahnya melahirkan rasa terkejut dengan kemelut pertukaran menteri besar yang memberi kesan mendalam terhadap politik dan pentadbiran di negeri Selangor.

"Saya terkejut dan tak sangka pertukaran mudah MB berakhir dengan pelbagai tragedi dan krisis. Ya lah, kita tengok apa yang terjadi sekarang, dengan keadaan politik, parti, dengan kes individu yang ditangkap atas Akta Hasutan.

"... kalau amalan yg betul diikuti dan sejarah diperhatikan, di Selangor tidak akan berlaku sebegini," luahnya  lagi.

No comments :

Post a Comment

Bekas MB: Yang buat masalah parti, bukan sultan

No comments
Bekas MB: Yang buat masalah parti, bukan sultan
  •  Tan Sri Muhammad Muhammad Taib Tan Sri Muhammad  Taib
1 / 1
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) perlu akur dengan kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengkehendaki lebih daripada satu nama calon, kerana arahan sultan tersebut ada rasionalnya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, seharusnya PR akur dengan kehendak Sultan Selangor kerana permasalahan yang berlaku tersebut adalah berpunca daripada parti, dan sultan hanya mahu menyelesaikannya.

"Kalau sudah hantar nama sultan tak nak, cadanglah nama lain. Kalau serah nama, sultan terima. Alhamdulillah.

“Permasalah sekarang bermula daripada parti dan bukannya sultan, jadi sultan  tidak sepatutnya diheret dalam isu pengantian menteri besar yang baharu,” katanya pada Wacana Siri ke-31, Kerusi Panas Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Muhammad Taib mengingatkan Pas supaya terus memelihara sokongan bukan melayu dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam.

"Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera Pas. Tahap sudah capai macam itu.

"Kepercayaan mereka kepada Pas dan PR serta mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," katanya.

No comments :

Post a Comment

Drama Tentang Hati Episod 11

No comments
Drama Tentang Hati Episod 11








JUDUL : TENTANG HATI
TARIKH : Mulai 6 Ogos 2014 (9.00 malam)
SIARAN : Setiap Rabu-Khamis di TV2
PENGARAH : Feroz Kadir 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir
SINOPSIS TENTANG HATI
  
Mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.

No comments :

Post a Comment

Terkejut jumpa tulang dalam longkang

No comments
Terkejut jumpa tulang dalam longkang
  • Anggota bomba melihat ketulan tulang yang ditemui. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 
    nggota bomba melihat ketulan tulang yang ditemui. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN
1 / 1
GEORGETOWN - Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang membuat penyelengaraan di bilik pencawang di Bayan Mutiara, Pantai Jerejak di sini terkejut apabila menemui beberapa ketulan tulang dalam longkang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi, pekerja itu pada mulanya menyangka ia adalah tulang haiwan namun berasa sangsi sebelum melaporkannya kepada polis.

Sebaik menerima laporan,sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian termasuk Unit Forensik dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Difahamkan, polis mengambil beberapa ketulan tulang berkenaan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dianalisa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu.

Menurutnya, hasil ujian patologi yang diperolehi mendapati, ia mungkin tulang betis atau peha manusia.

"Pemeriksaan di kawasan kejadian menemui 16 ketulan tulang. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

No comments :

Post a Comment

Muktamar Pas: Panas dan penting

No comments
Muktamar Pas: Panas dan penting
  • Muktamar
1 / 1
SHAH ALAM – Pentas Muktamar Pas ke-60 yang bakal membuka tirai pada minggu hadapan dijangka panas dengan beberapa isu berbangkit kebelakangan ini.

Pemerhati politik berpendapat isu jawatan Menteri Besar Selangor dan masa depan Pas dalam PR antara topik perbincangan muktamar yang berlangsung di Johor itu.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berkata, setiap kali muktamar berlangsung, isu hubungan Pas dengan PR tetap akan dibangkitkan.

"Dalam muktamar kali ini, isu ulama profesional akan timbul kembali, kemudian isu Selangor ini...isu wala’ kepada presiden, dan juga isu masa depan Pas dalam PR.

"Tiap-tiap kali muktamar akan timbul isu sama iaitu tentang hubungan dengan PR, isu kepimpinan ulama dengan profesional dan juga isu wala’ itu tadi. Setiap kali itu juga akan ditegaskan bahawa Pas akan bersama PR," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau turut menjangkakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal ‘ditegur’ perwakilan berhubung isu di Selangor namun tetap menghormatinya.

"Walaupun akan berlaku teguran-teguran terhadap presiden, tapi ia tak akan bawa perubahan yang besar kerana kita tahu orang Pas ini walaupun marah-marah tapi sikap hormat pada presiden juga tidak akan melebihi para ulama ini memang dalam DNA orang Pas.

"Tapi kalau nak dikata presiden akan ditegur dalam isu Selangor, saya rasa itu memang dijangka. Sudah tentu muktamar kali ini akan panas tapi panas-panas ia pun tak bawa perubahan apa-apa," katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir turut senada menjangkakan isu krisis di Selangor bakal menjadi topik utama di pentas Muktamar Pas nanti.

Malah katanya, pentas muktamar ini akan dijadikan medan untuk pimpinan Pas menjelaskan kepada seluruh perwakilannya berhubung alasan bagi setiap tindakan yang telah diambil.

"Sudah pasti isu Menteri Besar di Selangor ini akan dibincangkan. Saya fikir mereka akan menjelaskan mengapa pendirian itu diambil oleh Pas.

"Pada masa sama untuk menangkis hujah-hujah atau tuduhan yang telah dilemparkan oleh parti komponen PR.

"Dalam usaha bukan saja untuk menjernihkan kedudukan parti tapi juga lontaran kenyataan yang ditujukan kepada Presiden Pas," katanya.

Dalam pada itu beliau menyifatkan pertemuan Pas kali ini begitu penting dalam meyakinkan lagi ahli-ahlinya tentang hala tuju parti itu.

"Setiap muktamar ada isu sendiri. Tidak boleh kita kata pertemuan kali ini paling hangat sebab sebelum ini pun ada isu-isu hangat dibincangkan.

"Tapi boleh dikatakan pertemuan kali ini penting untuk yakinkan lagi kepada ahli Pas tentang hala tuju Pas lebih-lebih lagi wujud gejala pertikaian keputusan dan kenyataan Presiden Pas," katanya.

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 10

No comments
Drama Kristal Maya Episod 10









Drama bersiri Kristal Maya akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakonya ialah Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan ramai lagi. Drama ini bersiaran mulai 12 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.




Tajuk : Kristal Maya
Tarikh : 12 Ogos 2014 (10 malam)
Siaran :  Rabu & Khamis - Slot Samarinda TV3
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
SINOPSIS DRAMA KRISTAL MAYA

Maya telah lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Oasis Berhad dan diterima bekerja sebagai penolong pegawai kreatif untuk unit rangkaian majalah paling berprestij Oasis, "POSE"

No comments :

Post a Comment

SPA: 43,014 duduki semula peperiksaan

No comments
SPA: 43,014 duduki semula peperiksaan
  •  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
1 / 1
KUALA LUMPUR - Sejumlah 43,014 calon menduduki semula peperiksaan dalam talian Penguasa Kastam W41 malam tadi, termasuk 127 calon yang berada di luar negara, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.
Beliau berkata calon luar negara termasuk di Arab Saudi, Singapura, Turki, United Kingdom, Ireland, Australia, Taiwan dan New Zealand.
"SPA mengucapkan terima kasih kepada calon-calon peperiksaan ulangan dalam talian Penguasa Kastam Gred W41 dan didoakan semoga berjaya dalam peperiksaan kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Peperiksaan ulangan itu diadakan dari pukul 8.00 hingga 11.00 malam  susulan masalah teknikal semasa peperiksaan sebenar pada Sabtu lepas.
Sebanyak 84,856 calon dipanggil menduduki peperiksaan itu namun hanya 56,546 calon, atau 67 peratus, menduduki peperiksaan dengan jayanya pada hari berkenaan. - Bernama

No comments :

Post a Comment

Muhyiddin mohon maaf soalan Sains UPSR bocor

No comments
Muhyiddin mohon maaf soalan Sains UPSR bocor
  • Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
    Muhyiddin Yassin. - Foto Bernama
1 / 1
TUMPAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada ibu bapa dan murid terbabit dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhubung kertas soalan Sains yang didapati bocor sehingga peperiksaan ditangguh kepada 30 September.

"Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk siasatan terperinci dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi," ujar Menteri Pendidikan itu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian kertas peperiksaan bocor itu adalah sesuatu yang malang.

Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 9

No comments
Drama Kristal Maya Episod 9







Drama bersiri Kristal Maya akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakonya ialah Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan ramai lagi. Drama ini bersiaran mulai 12 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.



Tajuk : Kristal Maya
Tarikh : 12 Ogos 2014 (10 malam)
Siaran :  Rabu & Khamis - Slot Samarinda TV3
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
SINOPSIS DRAMA KRISTAL MAYA

Maya telah lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Oasis Berhad dan diterima bekerja sebagai penolong pegawai kreatif untuk unit rangkaian majalah paling berprestij Oasis, "POSE"

No comments :

Post a Comment

Sukaguam: Hasil VEP mampu bantu rakyat

No comments
Sukaguam: Hasil VEP mampu bantu rakyat
  • Khairul Anwar Rahmat
    Khairul Anwar Rahmat
1 / 1
TAMPOI - Hasil kutipan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) boleh dimanfaatkan sewajarnya bukan saja untuk penyelenggaraan jalan di Johor bahkan mampu membantu kebajikan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, peluang perlu diberikan kepada kerajaan negeri dan Persekutuan untuk melaksanakan VEP secepat mungkin.

"Sekiranya Singapura kutip hasil sebanyak RM50 juta setahun, dalam tempoh 41 tahun, mereka telah kutip RM2 bilion. Bayangkan dengan RM2 bilion itu, apakah keindahan, kecantikan, penyelenggaraan yang mereka lakukan.

"Beri peluang kepada kerajaan negeri Johor, kerajaan Persekutuan jimatkan RM100 juta setahun untuk penyelenggaraan," katanya ketika menjadi panel pada Wacana Sinar Harian Siri ke-30, VEP: Apa Tunggu Lagi?, di sini, hari ini.

Namun katanya, jumlah RM100 juta itu juga boleh dijimatkan untuk kebajikan rakyat.

"Namun mungkin juga RM100 juta itu dijimatkan untuk perkara-perkara lain. Bayangkan berapa ramai rakyat Johor boleh dibantu?

"Kita bukan saja boleh selenggara jalan, kita boleh bantu orang susah, orang miskin, pelajar-pelajar, yatim piatu supaya kehidupan rakyat Johor lebih terpelihara," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menepis dakwaan bahawa cadangan pelaksanaan VEP itu bukan atas dasar balas dendam.

"...Apabila orang kata kerajaan cuba membalas dendam, saya kata itu tidak tepat. Kalau kita nak balas dendam, kita sudah lakukan 41 tahun yang lalu.

"Tapi kita di Malaysia ambil masa kerana kita baru bersahabat dengan Singapura, menggalakkan sektor pelancongan namun peredaran masa, kepentingan ekonomi mengatasi perkara-perkara lalu.

"Oleh itu, demi kepentingan umum, kita bersetuju mencadangkan VEP dilaksanakan dengan kadar segera," katanya.

No comments :

Post a Comment

Kenapa PKR berkeras mahu satu nama sahaja?

No comments
Kenapa PKR berkeras mahu satu nama sahaja?
  • Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali
    Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali
1 / 1
SHAH ALAM – Tindakan PKR yang tetap menghantar satu nama calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat sebagai mengingkari titah sultan.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, perbuatan itu memperlihatkan PKR cuba melambatkan pelantikan menteri besar dan memanjangkan krisis itu.

“Saya tak faham kenapa PKR beria-ria sangat mahu memberikan satu nama calon, sedangkan ramai lagi pemimpin dalam PR berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar.

“Kalau PKR betul-betul sebuah parti yang demokratik mereka akan mendengar permintaan akar umbi dan rakyat, tetapi dalam hal ini saya mengandaikan PKR mempunyai agenda lain,” katanya  mengenai tindakan PKR menghantar nama Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail sahaja kepada Sultan Selangor, kelmarin, walaupun selepas diminta memberikan lebih nama.

Beliau berkata, Sultan Selangor dilihat cuba menamatkan krisis ini secepat mungkin, namun perbuatan PR dilihat membiarkan perkara ini berlarutan akibat masalah dalaman parti mereka.

“Jika hanya satu sahaja calon dikemukakan ia akan menyebabkan sultan dalam dilema dan serba salah untuk memilih calon menteri besar.

“Berilah peluang untuk sultan memilih. Kalau satu ini sama seperti mandatori dan keadaan ini akhirnya tiada kesudahan,” katanya.

Mohd Fuad berkata, sekiranya Sultan Selangor masih belum menerima calon lain, baginda boleh melanjutkan tempoh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menerajui negeri itu.

Jelasnya, sultan ada hak berbuat demikian sehingga melantik menteri besar baharu yang benar-benar layak.

“Saya yakin sultan sebenarnya mahukan menteri besar yang berkaliber yang bukan sahaja mampu memajukan negeri Selangor tetapi disukai rakyat serta memenuhi ciri-ciri kepimpinan yang diinginkan baginda,” katanya.

Menurutnya, sekiranya PR gagal mengemukakan nama calon lain selain Dr Wan Azizah, Abdul Khalid boleh mendapatkan nasihat Sultan Selangor untuk membubarkan Dun.

“Itu sahaja jalan penyelesaian yang boleh dilaksanakan sekiranya PKR masih dengan pendirian mereka. Dun boleh bubar, jika Sultan Selangor memberi perkenan,” katanya.

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 8

No comments
Drama Kristal Maya Episod 8






Drama bersiri Kristal Maya akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakonya ialah Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan ramai lagi. Drama ini bersiaran mulai 12 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.


Tajuk : Kristal Maya
Tarikh : 12 Ogos 2014 (10 malam)
Siaran :  Rabu & Khamis - Slot Samarinda TV3
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
SINOPSIS DRAMA KRISTAL MAYA

Maya telah lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Oasis Berhad dan diterima bekerja sebagai penolong pegawai kreatif untuk unit rangkaian majalah paling berprestij Oasis, "POSE"

No comments :

Post a Comment

Awas lelaki bergelar Vicknesh

No comments
Awas lelaki bergelar Vicknesh
  • Chee Heng menunjukkan gambar suspek yang didakwa aktif menipu orang ramai melalui urusan jual beli kereta milik kerajaan dan komputer.
    Chee Heng menunjukkan gambar suspek yang didakwa aktif menipu orang ramai melalui urusan jual beli kereta milik kerajaan dan komputer.
1 / 1
PUCHONG - Dipercayai sudah menipu lebih 20 mangsa dengan pelbagai modus operandi berbeza, seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai Vicknesh kini didakwa masih bebas serta licik menipu orang ramai untuk urusan jual beli kereta terpakai serta komputer.

Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, kesemua mangsa membuat aduan di pejabatnya di Puchong, namun takut untuk hadir pada sidang media semalam kerana suspek mengugut akan mencederakan mereka.

Chee Heng berkata, suspek dipercayai sudah menipu mangsa sejak tiga tahun lalu dengan jumlah keseluruhan kerugian hampir RM700,000.

Suspek memberitahu mangsa, dia kononnya seorang pemimpin parti politik dan mempunyai beberapa kenderaan milik kerajaan yang akan dijual secara tender dengan harga jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Mangsa yang kebanyakannya dikenali pada majlis keramaian akan diminta memasukkan wang melalui satu akaun bank untuk tujuan pendaftaran dan urusan jual beli.

Tanpa rasa curiga, kebanyakan mangsa yang percaya dengan kata-kata suspek akan melakukan apa yang disuruh sehinggalah menyedari mereka ditipu.

Chee Heng berkata, suspek juga menipu pelajar IPT dan penuntut kolej dalam urusan jual beli komputer.

“Apabila mangsa tanya mana barang yang dijanjikan, dia akan berdolak dalih dan hanya memulangkan sedikit sahaja daripada bayaran dibuat mangsa sekiranya didesak.

“Bukan itu sahaja, suspek juga menjual gelaran datuk kepada individu yang mudah terpengaruh dengan kata-katanya,” katanya.

Chee Heng berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak polis lelaki tersebut dikehendaki di Bukit Aman kerana jenayah dilakukan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan skim jual beli seperti itu.

No comments :

Post a Comment

Tidak hadir mesyuarat: Lima ahli 'letak jawatan'

No comments
Tidak hadir mesyuarat: Lima ahli 'letak jawatan'
  • logo mic
1 / 1
KUALA LUMPUR - Lima ahli Wanita MIC Wilayah Persekutuan dianggap meletak jawatan daripada jawatankuasa majlis negeri setelah gagal menghadiri empat mesyuarat majlis itu secara berturut-turut.
 
Mereka ialah G. Thanalakshmy (Bahagian Batu), N. Letchumi (Bahagian Seputeh), S.Rathnaswari (Bahagian Setiawangsa), V. Saratha (Bahagian Bandar Tun Razak) dan S. Anjalai (Bahagian Kepong).
 
Ketua Wanita MIC Wilayah Persekutuan, S.Kogilam berkata kelima-lima mereka juga tidak menghadiri mesyuarat agung tahunan cawangan wanita 2014 tanpa memberi sebarang penjelasan atau sebab.
 
"Keputusan sebulat suara ini diambil pada mesyuarat Majlis Perhubungan Negeri pada 29 Ogos, yang menggesa agar tindakan diambil terhadap kelima-lima wanita itu.
 
"Ini dibuat berdasarkan Undang-undang Kecil Cawangan Wanita MIC 2003 -Undang-undang Kecil 53, yang menyebut bahawa seseorang anggota yang tidak menghadiri tiga mesyuarat secara berturut-turut, tanpa memberi penjelasan atau sebab yang boleh diterima, dianggap secara automatik melepaskan jawatan dalam majlis itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Kogilam berkata, lima wanita berkenaan diberi surat rasmi tentang keputusan majlis itu untuk menghalang wujudnya 'budaya memanaskan kerusi' dan untuk membawa transformasi kepada cawangan wanita parti itu. - Bernama

No comments :

Post a Comment

Pelan B episod 3

No comments
Pelan B episod 3






Drama berkisarkan tentang tiga orang sahabat iaitu Khai, Mika dan Que yang berasal daripada keluarga elit tetapi berasa kehidupan masing-masing terabai. Bagi menghilangkan kebosanan, mereka mula mencari keseronokan di luar. Didorong oleh jiwa muda mereka yang inginkan kebebasan dan cabaran, mereka mula terlibat dalam perlumbaan kereta haram serta kegiatan jenayah.

Pada suatu hari, mereka telah dicabar oleh Jim dalam satu pertaruhan lumba kereta tetapi pada masa yang sama tiba-tiba muncul seorang gadis cantik bernama Iris yang turut mencabar mereka berlumba. Mereka cuba mendekati gadis misteri itu.

Tanpa mereka sedari, wanita misteri yang lasak ini adalah seorang yang pendendam dan kononnya baik sedangkan berhasrat untuk menghuru-harakan persahabatan mereka tiga sekawan. Dia mempunyai dendam untuk dilunaskan. Apakah yang akan berlaku kepada mereka?

No comments :

Post a Comment

Laporan awal MH17 dibentang bulan ini

No comments
Laporan awal MH17 dibentang bulan ini
  • Liow Tiong Lai
    Liow Tiong Lai
1 / 1
JASIN - Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, akan dibentang jawatankuasa penyiasatan yang berpusat di Belanda bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan. 

"Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yangkita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat," kata Presiden MCA itu kepada pemberita selepas menghadiri Makan Malam MCA Bahagian Jasin di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, yang juga Timbalan Presiden MCA.

Pesawat itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, pihak penyiasat tragedi hari ini mengenal pasti satu lagi mayat rakyat Malaysia, menjadikan jumlah setakat ini 33 orang.

"Bagaimanapun, kita ada 10 lagi yang belum ditemui atau dikenal pasti, sama ada mayat mereka masih di kawasan kemalangan atau tidak itu, kita masih siasat," katanya. - Bernama

No comments :

Post a Comment

Dalang seludup rokok, arak tumpas

No comments
Dalang seludup rokok, arak tumpas
  • Seorang daripada suspek sedang mengira semula wang tunai milik mereka selepas ditangkap SPRM di Taman Segar, Cheras, semalam.
    Seorang daripada suspek sedang mengira semula wang tunai milik mereka selepas ditangkap SPRM di Taman Segar, Cheras, semalam.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan 22 individu, termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Menurut sumber, seorang daripada 12 pegawai kastam yang ditangkap adalah Pengarah Kastam Negeri.

Difahamkan mereka ditahan dalam operasi khas secara besar-besaran di sekitar Lembah Klang.

Selain itu, SPRM turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan.

"Sepuluh daripada mereka merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka. Turut ditahan pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup," katanya.

Sumber itu berkata, nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan tindakan menahan kesemua suspek merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai, Pelabuhan Klang.

“SPRM percaya tangkapan ini berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang,” katanya.
Menurut Mohd Shukri, barang-barang yang tidak dibayar duti kastam itu terdiri daripada rokok dan arak. Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara serta sebahagiannya turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.

Menurutnya, operasi bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai SPRM bersama pasukan petugas khas. Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Matrang Suhaili, menyifatkan tangkapan ke atas 12 pegawainya sebagai amat mendukacitakan.

"Kita tunggu perkembangan esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

No comments :

Post a Comment

Drama Tentang Hati Episod 9

No comments
Drama Tentang Hati Episod 9







JUDUL : TENTANG HATI
TARIKH : Mulai 6 Ogos 2014 (9.00 malam)
SIARAN : Setiap Rabu-Khamis di TV2
PENGARAH : Feroz Kadir 
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd 
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir
SINOPSIS TENTANG HATI
  
Mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.
 
 

No comments :

Post a Comment

Pas-Umno Selangor tak pernah bincang isu MB

No comments
Pas-Umno Selangor tak pernah bincang isu MB
  • Mohd Khairuddin Othman
    Mohd Khairuddin Othman
1 / 1
SHAH ALAM - Pas Selangor menegaskan tiada sebarang perbincangan antara Umno dan Pas di negeri ini membabitkan  sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, penegasan itu dibuat ekoran ada laporan berita yang menyebut seolah-olah wujudnya persefahaman di antara Umno dan Pas di Selangor bersabit isu itu.

"Saya berani sahkan bahawa Pas Selangor tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan Umno Selangor.

"Ramai pihak yang membuat andaian melulu sedangkan mereka bukan Adun atau ahli perhubungan Pas di Selangor. Mereka hanya membuat andaian," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut soal sokongan Umno kepada Abdul Khalid dalam kemelut jawatannya yang masih belum berakhir itu, Khairuddin mendakwa Umno Selangor bimbang sekiranya berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN)

"Tindakan Umno menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim adalah kerana Umno tidak mahu Dun dibubarkan dan berlakunya PRN.

"Ini kerana kerana Umno sendiri tidak yakin (nasib dalam PRN)," katanya.

Ujarnya lagi, meskipun Umno menunjukkan sokongan jelas kepada Abdul Khalid dan Pas masih membenarkan keempat-empat Exconya berkhidmat seperti biasa, tidak bermakna parti itu bekerjasama dengan Umno negeri ini.

"Itu tak bermakna Pas Selangor dan Umno Selangor bekerjasama.

"Pendirian Pas Selangor adalah setia, kekal dan mempertahankan PR termasuk mengekalkan empat Exco kita," katanya.

No comments :

Post a Comment

Wacana 'VEP: Apa Tunggu Lagi?'

No comments
Wacana 'VEP: Apa Tunggu Lagi?'
  • VEP: Apa Tunggu Lagi

WACANA Sinar Harian Siri ke-30 dengan tajuk "VEP: Apa Tunggu Lagi?" mungkin lebih dekat di hati penduduk Johor khususnya.

Ia antara isu besar bagi penduduk di negeri itu terutama mereka yang kerap berulang-alik ke Singapura.

Itulah antara persoalan yang akan dibangkitkan dalam siri wacana kali ini yang akan dikendalikan oleh moderator yang tidak asing lagi iaitu Dr Maszlee Malik langsung dari Johor Darul Ta'zim.

Wacana turut membariskan panelis yang tidak kurang hebatnya iaitu Ketua Pemuda Umno Johor, Hahasrin Hashim, Pengarah Polisi DAP Johor, Wong Shu Qi, Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bagi mengupas isu hangat ini.

Ikuti liputan langsung bersama kami bagi mengetahui kupasan panelis bersabit isu VEP ini.

2.50 petang: Warga Johor mula memenuhi Dewan Utama Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi bagi mengikuti Wacana Sinar Siri ke-30, "VEP: Apa Tunggu Lagi?".

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 7

No comments
Drama Kristal Maya Episod 7









Drama bersiri Kristal Maya akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakonya ialah Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan ramai lagi. Drama ini bersiaran mulai 12 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Tajuk : Kristal Maya
Tarikh : 12 Ogos 2014 (10 malam)
Siaran :  Rabu & Khamis - Slot Samarinda TV3
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
SINOPSIS DRAMA KRISTAL MAYA

Maya telah lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Oasis Berhad dan diterima bekerja sebagai penolong pegawai kreatif untuk unit rangkaian majalah paling berprestij Oasis, "POSE"

No comments :

Post a Comment