Ads Space

'Pengantin' separuh bogel mengaku bersalah

No comments
'Pengantin' separuh bogel mengaku bersalah
  • Foto yang menjadi viral dikongsi melalui Facebook dan WhatsApp​
    Foto yang menjadi viral dikongsi melalui Facebook dan WhatsApp​

IPOH - Dua model yang berpakaian separuh bogel sewaktu menjalankan sesi penggambaran di Jalan Sultan Yusuf di sini Isnin lalu mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ipoh, di sini, semalam.

How Jo Yee, 21 dan Low Kah Wai, 27, didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu kententeraman awam (public nuisance) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman denda RM400 dan jika gagal bayar,  penjara sebulan akan dikenakan ke atas kedua-dua model terbabit.

No comments :

Post a Comment

3 September tarikh akhir hantar nama calon MB

No comments
3 September tarikh akhir hantar nama calon MB
  • Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
1 / 1
SHAH ALAM - Tarikh akhir bagi parti-parti dalam PR untuk menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar kepada pihak Istana Selangor boleh dibuat selewat-lewatnya 3 September hadapan.

Perkara itu dinyatakan menerusi surat makluman rasmi istana bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta salinannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Abdul Munir Bani antara lain berbunyi, "Sultan Selangor juga menitahkan agar calon-calon yang dicadangkan perlulah mematuhi Perkara LI (2) Undang-undang Tubuh Selangor 1959, iaitu calon menteri besar itu perlulah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam".

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga penggantinya ditentukan.

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 5

No comments
Drama Kristal Maya Episod 5

Drama bersiri Kristal Maya akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakonya ialah Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan ramai lagi. Drama ini bersiaran mulai 12 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Tajuk : Kristal Maya
Tarikh : 12 Ogos 2014 (10 malam)
Siaran :  Rabu & Khamis - Slot Samarinda TV3
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
SINOPSIS DRAMA KRISTAL MAYA

Maya telah lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Oasis Berhad dan diterima bekerja sebagai penolong pegawai kreatif untuk unit rangkaian majalah paling berprestij Oasis, "POSE"

No comments :

Post a Comment

Warga Malaysia nanti ketibaan 20 jenazah MH17

No comments
Warga Malaysia nanti ketibaan 20 jenazah MH17
  • mh17
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tiga puluh juta warga Malaysia hari ini menyambut ketibaan 20 rakan senegara yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, menyaksikan peristiwa sedih apabila seluruh negara diisytiharkan berkabung hari ini.

Perhatian dunia akan tertumpu di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Sepang yang mana jenazah warga Malaysia itu dijadual tiba 9.45 pagi menaiki pesawat khas dari Amsterdam. 

Jalur Gemilang turut dikibar separuh tiang sebagai persediaan untuk bertafakur selama seminit bagi menghormati mangsa tragedi itu yang mengorbankan 298 orang termasuk 43 rakyat Malaysia pada 17 Julai.

Penantian memeritkan bagi 20 waris mangsa itu bakal berakhir dengan ketibaan jenazah, 37 hari selepas pesawat awam Boeing 777 ditembak jatuh yang mengejutkan seluruh dunia.

Ini kali pertama istiadat penghormatan tertinggi tentera diberi kepada orang awam pada majlis yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya yang biasanya dikhaskan untuk ketibaan dan pelepasan raja dan permaisuri serta ketua kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor antara orang kenamaan yang akan hadir di kompleks yang terletak bersebelahan bangunan terminal utama KLIA.

Sebanyak 300 anggota tentera daripada 12 Briged Infantri Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan kesemua jenazah akan dikendali dengan penuh hormat.

Walaupun upacara itu akan disiarkan secara langsung oleh saluran stesen televisyen tempatan, orang ramai mula berkumpul di luar premis itu seawal 7 pagi untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Sehingga kini 30 mangsa warga Malaysia nahas itu telah dikenal pasti tetapi hanya 20 yang akan dibawa pulang hari ini selepas selesai menjalani prosedur ketat sebelum diserah kepada kerajaan Malaysia.

Persediaan telah diatur untuk memindahkan jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam bekas abu ke tempat persemadian terakhir mereka di beberapa lokasi seperti di Muar, Segamat, Putrajaya, Ipoh, Taiping dan Gombak.

Pesawat tentera dan helikopter telah dikhaskan untuk menerbangkan jenazah ke destinasi masing-masing, termasuk lokasi paling jauh, di Kuching.  - Bernama

No comments :

Post a Comment

MH17: Upacara keagaamaan Buddha belum diputuskan

No comments
MH17: Upacara keagaamaan Buddha belum diputuskan
  • Ka Siong
    Ka Siong

SEPANG - Cadangan  daripada wakil bukan kerajaan (NGO) berhubung upacara keagamaan Buddha di tapak nahas MH17 di timur Ukraine, masih belum diputuskan lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya, terlalu  awal  untuk diputuskan perkara demikian, kerana siasatan masih lagi dilakukan berikutan beberapa mayat masih belum dijumpai.

"Buat masa ini, tiada isu berkaitan kerana masih ada lagi mayat yang  belum dikenal pasti dan kita tidak  dapat memberi jaminan sampai ke tahap itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Beliau sebelum itu tiba di tanah air melalui penerbangn MH19 dari Amsterdam jam 6.07 pagi bersama waris keluarga mangsa pesawat MH17.

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 4

No comments
Drama Kristal Maya Episod 4

Drama bersiri Kristal Maya akan bersiaran di slot Samarinda TV3. Antara barisan pelakonya ialah Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan ramai lagi. Drama ini bersiaran mulai 12 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.00 malam di TV3.

Tajuk : Kristal Maya
Tarikh : 12 Ogos 2014 (10 malam)
Siaran :  Rabu & Khamis - Slot Samarinda TV3
Terbitan : Orange Tree Production
Pelakon : Shah Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin, Amar Baharin
SINOPSIS DRAMA KRISTAL MAYA

Maya telah lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Oasis Berhad dan diterima bekerja sebagai penolong pegawai kreatif untuk unit rangkaian majalah paling berprestij Oasis, "POSE"

No comments :

Post a Comment

Drama Kristal Maya Episod 3